top of page
Search
  • Writer's pictureTawasaw

Al-Biruni, Tokoh Astronomi dan Matematik Islam





Nama: Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni

Hayat: 4 September 973 M di Kath (sekarang dikenali sebagai Kiva), Uzbekistan.

Kematian: September 440 H bersamaan 13 Disember 1048

Bidang Sains: Matematik, astronomi, fizik, perubatan, falsafah



Biografi ringkas:


Maksud albiruni menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Raihan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Al-Biruni dikatakan tidak mengenali ayahnya dan hanya mengenali datuknya. Semasa muda, al-Biruni telah mempelajari ilmu matematik dan astronomi dari Abu Nasir Mansur. Al- Biruni menguasai pelbagai bahasa seperti Arab, Turki, Persia, Sanskerta, Yahudi dan Suriah. Pada tahun 1017 hingga 1030, al-Biruni telah menggembara bersama Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di India. Selama 13 tahun di sana, beliau mengkaji seluk belok India sehingga menghasilkan Indologi atau dikenali sebagai pelajaran berkaitan India.


Sumbangan:

Ketika usia beliau menginjak 20 tahun, al-Biruni telah menghasilkan beberapa karya dalam bidang sains.


Karya agung beliau ialah Rasa’il al-Biruni iaitu sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik.


● Pada tahun 998 M, al-Biruni tinggal di wilayah Gurgan di Laut Kaspia beberapa tahun dan beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku berjudul The Chronology of Ancient Nations.


● Sepanjang hayat beliau, al-Biruni telah menghasilkan beberapa karya dalam bidang yang pelbagai seperti buku astrologi yang berjudul The Elements of Astrology. Al-Biruni juga menulis risalah tentang astrolabe untuk Sultan Mas’ud dan planisphere serta armillary sphere.


● Al-Biruni telah juga berjaya menentukan musim dan pasang surut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.


● Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al­Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar.


● Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.



 

Rujukan

  1. Mohammad Noviani Ardi, Abdullah, F., & Shihab Al- Tamimi. (2016, March 14). Al-Biruni: A Muslim Critical Thinker. ResearchGate; Sunan Gunung Djati State Islamic University of Bandung. https://www.researchgate.net/publication/318915077_Al-Biruni_A_Muslim_Critical_Thinker

  2. Al-Biruni. (2017). BIODATA AL-BIRUNI. Blogspot.com. http://al-birunihumaira.blogspot.com/2017/04/biodata-al-biruni.html



12 views0 comments

Comments


bottom of page